AKTIVITI

Oleh Nurul 'Aqilah Binti Azmi





A. Menulis tulisan berangkai.


Tulisan Berangkai (Bahagian 1)

Berdasarkan video tersebut, cuba anda tulisankan huruf besar ACB dan huruf kecil abc menggunakan tulisan berangkai. 




Seterusnya, jawab soalan-soalan yang berikut.


1) Menulis ayat dalam bentuk tulisan berangkai dengan betul.

a. Kawan saya bernama Nur = 

b. Buku itu sangat tebal = 

c. Pemandangan di puncak gunung sangat cantik = 


d. Pelajar yang bijak akan menggunakan masanya dengan baik = 

e. Muhammad berjalan kaki ke masjid untuk menunaikan solat Asar berjemaah = 




B.  Bina lima ayat berdasarkan gambar



1)
2)
3)
4)
5)


C.  Baca teks dan jawab soalan yang berikut.
Amalan membaca merupakan salah satu tabiat yang amat bermanfaat. Semua lapisan masyarakat haruslah berusaha mengamalkan budaya membaca kerana  Membaca Jambatan Ilmu.

Antara kebaikan membaca termasuklah dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Kita dapat mengetahui tentang perkara-perkara baru yang tidak kita ketahui sebelum ini. Pengetahuan am kita akan bertambah luas dan kita akan menjadi lebih bijak.

Selain itu, kita dapat mengetahui tentang isu-isu atau perkembangan semasa yang berlaku di dalam negeri dan di luar negara. Contohnya isu kegawatan ekonomi, bencana dan peperangan, krisis air dan pelbagai peristiwa yang berlaku di seluruh dunia. Justeru, kita tidak lagi ketinggalan zaman atau dianggap "seperti katak di bawah tempurung"

Membaca dapat mematangkan fikiran kita juga. Dengan membaca, kita dapat mengetahui tentang kebaikan dan keburukan sesuatu perkara. Oleh itu, kita didorong untuk berfikir secara lebih baik dalam membuat penilaian terhadap sesuatu perkara itu.

Masa adalah emas dan perlu digunakan dengan bijak.Membaca buku-buku seperti ini amat bermanfaat.Kita haruslah tanamkan sikap suka membaca buku.Jadikanlah amalan membaca buku amalan harian.

Sesungguhnya banyak kebaikan atau faedah yang dapat diperoleh dengan membaca. Justeru, tabiat membaca harus dijadikan amalan seharian. Kita perlu mencontohi sikap masyarakat di negara maju seperti Jepun yang menjadikan membaca sebagai budaya hidup mereka.

1.  Berikan maksud “seperti katak dibawah tempurung”.

2.  Pada pendapat anda, apakah punca yang menyebabkan seseorang itu malas membaca?

3.  Analisis isi-isi penting teks yang anda telah baca.

4.  Buat satu kecimpulan ringkas mengenai teks tersebut.




D. Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

1. Kamu dan rakan-rakan kamu sedang berbual-bual tentang gotong-royong yang telah  dijalankan di sekolah kamu. Tuliskan perbualan itu selengkapnya.

ATAU

2. Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk “Kebaikan Menabung”.

ATAU

3. Setiap orang mempunyai pengalaman pahit dan manis dalam hidupnya. Ceritakan  pengalaman manis kamu itu.


E. Tulis beberapa pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang 50 patah perkataan.Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Di sebuah kampung tinggal sepasang suami isteri yang sombong iaitu Pak Abu dan Mak Busu. Mereka tidak mahu bercampur dengan masyarakat kampung yang lain. Oleh itu, merekatelah dipulaukan oleh masyarakat kampung tersebut.

Pada suatu hari , Pak Abu jatuh sakit. Mak Busu memanggil bomoh untuk merawat suaminya, tetapi bomoh tersebut enggan datang ke rumahnya. Kemudian, Mak Busu pergi ke rumah pawang pula untuk meminta pertolongan tetapi hampa juga.

Akhirnya Mak Busu pergi ke rumah ketua kampung. Dia menceritakan apa yang terjadi kepada suaminya. Ketua kampung segera memberikan bantuan dan menasihati Mak Busu supaya tidak lagi bersikap sombong. Hidup dalam sesebuah kampung hendaklah seperti aur dengan tebing.

Rujukan :

Mata Pelajaran Tahun 1. (2013). Bahasa Melayu : Tahun 4 - Tulisan Berangkai 1
              (Perlu dipinda). Dicapai pada 26 Ogos 2019 pada  
              https://www.youtube.com/watchv=EzlAYmnYWis&t=122s

Sasauball. (tanpa tarikh). Soalan BM Bahasa Melayu Penulisan Tahun 4. Dicapai pada 29 Ogos 2019               daripada https://www.scribd.com/doc/28439334/Soalan-BM-Bahasa-Melayu-
                       Penulisan-Tahun-4

Comments