JENIS PENULISAN

Oleh Nurul 'Aqilah Binti Azmi









1)    Penulisan Terkawal

Image result for belajar dengan guru

Penulisan  terkawal merupakan penulisan peringkat asas atau pertama yang harus dilalui oleh murid-murid dalam gerak kerja penulisan. Penulisan terkawal ialah segala isi dan bahasanya sedia terkawal oleh guru. (Salleh Akib, (1975:135).

Penulisan ini dikawal sepenuhnya oleh guru, sama ada dalam aspek format, pilihan kata dan tatabahasa. Dalam tulisan terkawal, pelajar banyak menulis berdasarkan model-model yang diberikan guru.

Peringkat penulisan terkawal adalah amat penting yang bertujuan:
   i.        Dapat mengurangkan kesilapan yang dibuat oleh kanak-kanak.
 ii.        Menjadi asas kepada penulisan bebas. Murid-murid dipimpin dan dilatih sedikit demi sedikit kearah penulisan bebas yang menitikberatkan soal-soal isi dan bahasa.
 iii.         Supaya murid-murid dapat menggunakan bahasa dengan lancar dan mengeluarkan isi pemikirannya dengan tidak diganggu oleh kesulitan-kesulitan berbahasa.

Pelbagai bentuk latihan yang boleh dilaksanakan kepada murid-murid berhubung dengan penulisan terkawal iaitu :
 i.        Menjawab soalan-soalan yang telah disediakan terlebih dahulu yang berkaitan dengan sesuatu tajuk.
 ii.        Menulis semula cerita yang dibaca, didengar atau diperdengarkan.
 iii.       Menulis surat. Isi surat tersebut ditetapkan oleh guru supaya menyenangkan murid-murid menulisnya.
 iv.        Mengisi tempat-tempat kosong dalam sebuah cerita atau karangan yang telah disediakan.
 v.        Menulis isi perbualan atau perbincangan yang berhubung dengan sesuatu tajuk, kejadian, peristiwa atau sebagainya.
 vi.        Menulis ayat atau cerita daripada gambar-gambar yang disediakan.

 vii.        Membuat ayat-ayat secara lisan atau tulisan daripada perkataan-perkataan yang diberi.


2)    Penulisan Separa Terkawal


Image result for belajar dengan guru

Murid-murid masih diberikan kawalan walaupun tidak sepenuhnya. Mereka diberi peluang untuk menggunakan sedikit daya pemikiran untuk memilih perkataan dan disesuaikan dengan pengajaran guru.
Contohnya, guru akan membacakan sebuah karangan pendek yang sedia ditulis di papan hitam dan kemudian murid-murid diminta menggantikan beberapa perkataan yang telah dipadam dengan perkataan-perkataaan lain yang disediakan. Latihan tersebut mungkin menimbulkan sedikit kesukaran dan murid-murid boleh melakukan kesalahan.


       3)  Penulisan Berpandu

Image result for study

Jenis penulisan yang bahan asasnya dikawal oleh guru, tetapi pelajar diberi kebebasan menyambung, melengkap atau menukarkan perkataan-perkataan yang terdapat dalam bahan yang dikawal itu. Penulisan jenis ini akan memotivasi pelajar untuk terus menulis. Contoh aktiviti ialah :
i.        Menukarkan dialog kepada bentuk naratif
ii.    Menukarkan bentuk puisi kepada prosa


4)    Penulisan Separa Berpandu

Image result for book tumblr

Penulisan separa berpandu pula merupakan jenis penulisan yang tidak dikawal sepenuhnya. Walau pun diberi garis panduan tertentu, namun murid-murid diberi sedikit kebebasan untuk membuat karangan. Melalui cara ini mereka dapat meluahkan isi fikiran biarpun terdapat sedikit kawalan, namun sekurang-kurangnya kawalan tersebut dapat memberi cetusan idea. Contoh aktiviti ialah :
 i.        Menyudahkan cerita
ii.        Menulis karangan yang isinya disediakan guru


      5)    Penulisan Bebas

Image result for writing tumblr


Penulisan yang hanya dapat dijalankan setelah murid-murid sudah mula boleh menguasai bahasa yang diajar itu dengan baik. Pada peringkat ini, mereka diberi tajuk-tajuk umum dan diminta untuk terus menumpukan perhatian kepada apa yang hendak ditulis dan bukan lagi bagaimana hendak menulisnya. Penglibatan guru pada peringkat ini adalah minimum. Bentuk-bentuk penulisan dalam penulisan bebas:
    i.        Penulisan naratif
 ii.        Penulisan deskriptif
 iii.        Penulisan imaginatif
 iv.        Penulisan argumentatif


      6)    Penulisan Kreatif

Image result for book tumblr

Dalam penulisan ini, pelajar bukan sahaja mahir dalam pengolahan idea, tetapi juga boleh mengeksploitasi pengalaman atau imaginasi untuk dijadikan bahan tulisan. Penulisan berbentuk kreatif meliputi puisi, cerpen, drama dan sebagainya yang merupakan ekspresi dan perasaan serta pengalaman seseorang melalui tulisan atau perkataan.



Rujukan :

Warga Jabatan Ilmu Pendidikan. (2012). Kemahiran Berbahasa - Kemahiran Menulis. Dicapai pada 5              September 2019 pada http://wajip.blogspot.com/2012/08/kemahiran-berbahasa-kemahiran-menulis.html

Comments