JENIS KEMAHIRAN MENULIS

Oleh Siti Nur Syazwani Binti Zaba



(1) PRA TULISAN



Satu peringkat yang perlu dilalui oleh kanak-kanak bagi menyediakan diri ke arah melahirkan lambang-lambang bunyi khusus yang diterima oleh kelompok masyarakat.
- Pada peringkat awal, kanak-kanak membuat contengan di atas permukaan benda-benda yang sedia ada dalam persekitaran mereka menggunakan bahan-bahan yang boleh meninggalkan kesan ke atas permukaan benda tersebut.
- Peringkat ini adalah bagi kanak-kanak mendapatkan latihan otot, tangan, jari serta kordinasi mata tangan.

(2) TULISAN MEKANIS





- Peringkat mekanis merupakan peringkat kedua yang patut didedahkan kepada murid-murid
- Murid-murid diminta membentuk huruf-huruf pada permukaan kertas kosong tanpa garisan. Setelah kemajuannya didapati memuaskan, barulah latihan membentuk huruf diberikan.
- Bermula dengan ruang garisan yang lebar dan luas membawa kepada lembaran bergaris yang kecil dan sempit

(3) TULISAN KREATIF





- Merupakan peringkat tertinggi dalam proses menulis
- Kanak-kanak diharapkan dapat menggunakan kemahiran yang diperoleh di peringkat mekanis untuk menggunakan daya kreatif untuk :

      * Membina ayat
      * Mengarang cerita
      * Mengarang pantun dan sajak
      * Menulis surat kiriman



Rujukan :

Faizal Ismail. (2015). Pengenalan kepada kemahiran menulis. Dicapai pada 11 Ogos 2019 daripada
           https://faizalbmm3105.weebly.com/kemahiran.menulis,html.google.chrome

Yahya Othman. (2014). Keupayaan menguasai kemahiran menulis melalui pembelajaran berasaskan             projek dalam penulisan berbentuk risalah di Sekolah Rendah. Dicapai pada 11 Ogos 2019                   daripada journalarticle.ukm.my/7110/1/19-29_Yahya_et_al.UKM.pdf

Comments