TUJUAN MENULIS

Oleh Siti Nur Syazwani Binti Zaba




(1) MEMBERI INFORMASI






- Sebahagian besar tulisan dihasilkan dengan tujuan memberi informasi. Tulisan itu menjai sesuatu yang sangat istimewa dan bernilai apabila hasil karya tersebut dikenali dan diminati oleh orang ramai. Pada sisi positif lain, tulisan juga bersifat memperkenalkan dan mempromosikan sesuatu seperti melakukan pengiklanan dam sebagainya. Selain itu, tulisan juga dapat memberi maklumat tentang sesuatu kejadian (berita) atau tempat (peristiwa)

(2) MENERANGKAN JIWA 





- Bacaan sudah menjadi salah satu keperluan manusia moden pada zaman kini sehingga karya novel dan majalah menjadi sumber untuk menghilangkan rasa bosan dan dapat mengisi lapang. Apabila seseorang itu membaca sesuatu tulisan yang memberi manfaat kepadanya contohmya tulisan yang berbentuk motivasi dan ilmiah, bacaan ini dapat menerangkan jiwanya dan memberi pendedahan tentang sesuatu yang baru kepadanya.

(3) MENGABDIKAN SEJARAH SILAM




- Sejarah harus ditulis agar kekal dan tidak hilang ditelan zaman. Apabila adanya tulisan tentang sejarah seperti sejarah penubuhan Malaysia dan sebagainya, generasi muda dapat mengambil iktibar dan pengajaran daripada sejarah yang telah diabadikan di dalam buku teks dan bahan-bahan rujukan lain kerana sejarah itu amat penting untuk kita ketahui dan menghayatinya agar sejarah pahit yang pernah dilalui tidak berulang lagi. Selain itu, generasi muda tidak akan mudah lupa diri apabila mengetahui kisah-kisah sejarah terdahulu. Malah, mereka juga akan turut menghargai jasa tokoh-tokoh yang pernah menabur bakti kepada negara. Bukan itu sahaja, generasi muda juga akan dapat menghargai tokoh-tokoh yang pernah berbakti kepada negara dan sekaligus dapat mewujudkan semangat cinta akam negara dalam kalangan generasi muda.



Rujukan :


Faizal Ismail. (2015). Pengenalan kepada kemahiran menulis. Dicapai pada 11 Ogos 2019 daripada
           https://faizalbmm3105.weebly.com/kemahiran.menulis,html.google.chrome

Yahya Othman. (2014). Keupayaan menguasai kemahiran menulis melalui pembelajaran berasaskan             projek dalam penulisan berbentuk risalah di Sekolah Rendah. Dicapai pada 11 Ogos 2019                   daripada journalarticle.ukm.my/7110/1/19-29_Yahya_et_al.UKM.pdf

Comments